PHOTOSHOOT RAYA KBBA9

Alhamdulillah,tamat sudah sesi photoshoot kbba9 sempena Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi.Pertama kali dalam hidup aku join photoshoot cam gini,memang teruja giler la,jam 6.00pagi aku dah bangun,siap-siap tepat jam 6.30pagi lepas kiss my lalink angel,aku pun bergerak ke Kuala Lumpur.Tepat Jam 8.30pagi,aku dah terpacak dekat Pusat Pelancongan Malaysai MaTiC Kuala Lumpur.Ramai juga rakan blogger yang dah sampai waktu tu.




Mula-mula sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat founder kbba9...sapa lagi kalau bukan Bam Ben Ashaari sebab bagi peluang untuk aku turut serta dalam sesi fotografi kbba9 2016 ni,tq bam ben.

Ni la my big boss a.k.a founder kbba,Ala-ala model gitu,segak noh.

Tak lupa buat semua penaja kami,terima kasih sebab sudi menaja team kbba9 kali ini.Antaranya penaja yang terlibat :

PENAJA PAKAIAN WANITA 

Penaja pakaian wanita kali ni di taja oleh Bhaju Deea,Cantik tau bajunya,baju ni sangat selesa dipakai.tak panas,walaupun sesi ni berjalan di saat matahari terpacak kat atas kepala.Butik Deea bukan hanya menaja baju,tudung ai pun dari butik Deea jugak tau.




Baju dengan kasut dah lebih kurang je warnanya,nasib baik masuk.

Tara...cantikkan bajunya,abaikan muka aku yang tak berapa nak semenggah tu haha..

Setelah disarungkan ke badan..wah sesuai sangat hehe

Bukan baju an tudung je yang ditaja tau,Pin tudung yang tersemai indah kat tudung aku tu pun ditaja okeh,ditaja khas oleh Vonaish

Comelkan pin tudung ni,kalau berkenan boleh la melawat instagram Vonaish,banyak lagi yang cantik dan menarik.

Sampai rambang mata nak pilih tau.

PERUBAHAN WAJAH

Kalau tadi aku cerita tentang pakaian,sekarang ni aku nak cerita tentang solekan aku,solekan kami juga ditaja oleh MUA Ritarahman ,MUA Rita rahman ni,semua ramah dan baik baik belaka terutama yang mengubah rupa ai hari ni,Aresue,kesian Sue,kena hadap muka aku hampir sejam setengah,orang jarang mekap cam gini la gamaknya,yang paling lama nak buat,tang kening aku,biasa la,kening beserabut gitu,hee.terima kasih sue,sebab sudi touch up muka zura.Sampai my cayang pun tak cam muka ai..kuang asam kan.Siap tanya lagi,gambar sapa ni..kejamnya.Nasib baik My cayang cakap cantik.Kembang sekejap,Nasib baik tak koyak kain haha

Aku sendiri pun naik seram tengok muka aku macam ni.haha

Hasil contengan dari Aresue,Gambar ni ler yang aku send kat My cayang.(kejam muka aku pun dia tak kenal)


Jauh berbeza muka aku sebelum dan selepas mekap kan,kalau korang teringin nak ditatarias oleh aresue,boleh la lawat dan follow Aresue di instagram Aresue86


NASI BRIYANI KAMBING

Terima kasih tak terhingga buat Cafe Cerita Kambing yang sudi menyajikan Nasi Briyani Kambing yang enak,kenyang sangat,Alhamdulillah.memang kena sangat dengan selera aku.


Sebelum makan selpie hehe
Cafe cerita kambing.
Berita gembira untuk korang yang nak merasai sendiri keenakkan Nasi Briyani Kambing,sepanjang bulan Ramadhan ni,Cafe Cerita Kambing menyediakan Buffet Ramadhan,so tunggu apalagi jom la kita serbu,tak jauh pun di Shah Alam je.


Sesi Fotografi

Terima kasih buat Pusat pelancongan Malaysia (Matic) kerana sudi menaja lokasi photoshoot Raya kbba9 kali ni.


Terima kasih yang tak terhingga buat semua team kbba yang terlibat,terutama AJK untuk sesi photoshoot Raya kbba9,dan tak lupa buat Kak Ana yang turut menjaya hari yang bermakna buat kami dari kbba9.

Kak Ana and Family bersama Bam Ben (founder kbba) orang kuat yang menjayakan program Photoshoot ini.tqqq.
Buat korang semua,jom layan gambar sepanjang Sesi Fotografi berlangsung pada Sabtu lepas.


Candid picture,memasing pegang hp, photo credit by Joe labu


Sebahagian team kbba9 yang turut serta sesi photoshoot kbba9 photo credit by Lalalandhusna .


Ganas SS sampai sengit ai..haha

with Kak Ezza


Bersama SS dan Bonde

Ai bersama satu satunya chinese blogger di dalam kbba9 Wendy

Inilah orang kuat a.k.a AJK untuk program kali ni tq SS



Lan dan Meera



Model kbba photocredit by Yb Shehan








Terima kasih buat semua pihak penaja 

Props : @dalizgrafix 
Pakaian lelaki : @emin_madrosa
 Pakaian Wanita: @bhajudeea 
Pin Hijab : @vonaish 
Makanan: Cafe Cerita Kambing
 MUA : @ritarahmanmua
 Artistic Team : @zanazack @put3ratnasari @makeupbywinwin @fetriany @farizha_mua @alkazamdacute @makeup_mimiezoll @raihana.basar @iamizuansani @aresue86 @syuhada_said @wearemarymary @makeup_byel @_violetgrape @farinabasneemakeup @byfidaramli @wanie_touch

Share:

5 comments

  1. Best kan? Aku suka entri ko yg ni. Good job..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat,rasa macam nak patah balik,nak snap gambar bnyk2 haha..tq shehan.

      Delete
  2. semua cantik2 cun2 hensem2..hihi

    ReplyDelete