Jom meronda

Hari ni,masuk 8hari aku kerja kat JPAM,dan hari ke3 kita menjalani ibadah puasa.Minggu ni full aku kerja pagi,alhamdulillah,dapat la ai berbuka dengan my lalink angel.hee
Di sebabkan kebosanan yang amat sangat.ada sorang abam driver ni ajak pergi meronda naik Handalan,salah sebuah jentera JPAM.nak tau macam mana rupa bentuk handalan tu?hah meh tengok gambar kat bawah ni,cam gini la rupa handalan tu.


Ni la Jentera JPAM yang di panggil Handalan tu :)

Ni Bahagian belakang.Aku di fahamkan jentera ni boleh memuatkan seramai 40 orang anggota tau.
Sempat la kami ber 6 meronda ke tanjung karang,reason meronda...nak pegi minyak je,haha,boleh gitu?Best tau naik jentera ni,walaupun terhentak-hentak,tapi angin dia,nyaman,tengok pulak kehijauan bumi sekincan yang penuh dengan sawah padi,best ko...


Meriahkan dengan bendera...nak PRK katanya

Ni Wak Saaian,salah seorang anggota sukarelawan JPAM.Siap boleh baring lagi.

Dalam perjalanan balik ke PKOP Sabak Bernam

Sempat selpie lagi hehe

Dua jam jugak la kami meronda,keluar pukul 11pagi sampai PKOP Sabak Bernam dalam jam 1petang.

Ni la Abam Kamarul,dia yang drive jentera Handalan tadi :)
Tq abam driver sudi bawak kitarang jalan-jalan,esok lusa kita meronda naik Ambulance tak pun naik Navara pulak ea.heee.
Ok la,dah cukup ai mau pulang,jumpa lagi di entri akan datang.
#muahciked

Share:

0 comments