Logo KBBA

Cafe Cerita Kambing,Sedap dan berbaloi.

Salam Ramadhan semua,lagi berapa hari je nak raya kan,dah shopping baju raya ke?sekarang ni merata-rata jualan murah sempena hari raya,kat Shah Alam pun tak kurang hebatnya,dekat PKNS SACC Anggerik MAll,owh alang alang dah tersebut pasal Anggerik Mall ni,meh aku nak share salah satu buffet ramadhan yang sempat aku singgah dan menjamu selera sepanjang bulan Ramadhan ni.Berita baik,buat korang yang bershopping di Shah Alam,terutama sekali yang teringin nak berbuka secara buffet tapi bajet ala-ala,makanan nak sedap,tempat nak selesa,aku syorkan kan korang pergi ke Cafe Cerita Kambing ,memang berbaloi,ciri-ciri yang aku cakap atas tu memang kenyataan bukan mimpi okeh.serius weh murah,item menu pun banyak tau.tak percaya?Jom usha gambar kat bawah sebagai bukti haha...



gerai Laksa johor dan Soto






Laksa johor,pestime cuma,sedap jugak.




Ikan tongkol masak asam pedas(set nasi putih)



Kurma Kambing

Ayam masak merah

Acar timun,set nasi briyani

Tekun abang ni membakar kambing


Sambal belacan,fuh berasap telinga

Apam gebas gebu bak kata widad.

Nona manis,kalau tak salah aku la,sedap tau.

Kuih muih



Soto,sup dia,memang sedap,ni baru betul sup

Beratur habaq ang.


Red carpet okeh,siap pintu gerbang lagi u.



Kambing Panggang,sedapnya..terbayang bayang pulak.

Maaf henpon tak canggih,habis bergoyang gambar-bersama owner CCK kak yan

sepanjang bulan Ramadhan ni,CCK buka buffet di pintu masuk Anggerik Mall(abaikan anak dara tu huuu)



Wow nampak menarik kan,my lalink suka betul,dapat pulak tang kambing bakar tu,memang feberet dia la,siap tanya lagi,bila nak makan kat sini lagi...mana taknya,dengan harga RM28,boleh makan puas-puas,menu pun banyak.
Buat korang yang nak rasa kelazatan makanan dekat sini,boleh la hubungi di talian 019-2816308(kak Yan),takut kalau terus terjah tetiba penuh pulak,kan sadis macam tu.
Kalau tak sempat nak pergi sepanjang bulan Ramadhan ni,korang boleh pergi lepas raya nanti,sebab Cafe Cerita Kambing memang dah lama bertapak di medan selera Anggerik Mall di tingkat 3.Oklah,ai nak sambung membaking,anak dara request hehe,bertemu lagi di lain entri.





Share:

0 comments