Banglow lama

Erm...sejak buat part time dengan JPAM ni,aku selalu gunakan jalan dalam(jalan tepi bendang)aku suka tengok kehijauan bumi tuhan ni...terasa bersyukur sebab allah gerakkan hati aku untuk terus menetap dekat sg.besar ni,walaupun orang cakap kampung,pendalaman,tak moden,kolot...ada aku kisah hahaha
Sebenarnya aku nak cerita pasal satu banglow lama ni,aku tak tau kenapa,aku tertarik sangat dengan banglow lama ni,nak kata lawa,tak de la lawa,design macam tahun 80an gitu,tapi aku rasa damai sangat.

Pemandangan dari jalan hadapan banglow lama(aku snap waktu balik keje tadi hehe)

Aku cerita dekat sorang kawan ni,aku tunjuk gambar banglow tu,lepas tu dia cakap aku pelik,aku tak pelik okeh,citarasa manusia ni lain-lain,aku suka banglow lama ni,aku suka suasananya,terasa macam aku kembali ke zaman kanak kanak aku.Banglow ni nampak istimewa pada pandangan mata aku,tengok la kalau berkesempatan atau di beri peluang,aku nak sangat masuk dalam rumah ni.doakan aku ye semua,mana tau termakbul plak doa korang

Jom aku share gambar banglow ni,pada aku banglow ni menarik,tapi pandangan orang lain aku tak tau.
Ni la banglow yang aku makudkan tu.Dapat ambil gambar dari luar pagar je,pagarnya berantai,kalau tak,teringin jugak nak tinjau-tinjau dekat dalam tu.


Aku kerja JPAM ada dua shif,pagi dari jam 8pagi - 3petang,dan shif petang dari jam 3petang sampai 10malam,tiap kli aku pergi kerja,baik pagi atau petang aku akan keluar awal,bila aku sampai banglow lama ni,aku secara automatik akan berhenti.lepak atas motor ada la dalam 5minit,terasa macam ada aura plak hahaha...tak tau kenapa,ada damai,ada rasa sayu,aku rasa sayang dengan rumah ni,yela sebesar-besar ni tak de orang duduk.Aku ada la tanya dekat staf JPAM ni,tu rumah sapa,dorang cakap "rumah orang kaya,tapi orang kaya tu tak duduk sini,jarang la orang kaya tu datang tengok rumah,lagipun rumah tu ada yang jaga,mungkin orang kaya tu upah orang untuk bersihkan halaman rumah tu,sebab tu rumah tu bersih je".sayangnya,kalau la tuan tanah tu nak sewakan rumah ni,teringin sangat aku nak menyewa,kalau dapat beli lagi la aku suka hehe...


Pemandangan sawah padi ni betul betul berhadapan dengan Banglow lama tu.

Share:

0 comments