Buffet Ramadhan D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat lain dari yang lain


Assalammualaikum semua...
Holla..kat sini aku ada berita gumbira untuk dikongsi,terutama sekali buat korang yang sangat suka makan steamboat...Minggu lepas aku dan beberapa orang dari team kbba9 di undang untuk food review di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat di Acapella Shah Alam (kalau lalu guthrie tu,korang boleh nampak dari tepi jalan je,atas bangunan tu ada pokok kelapa) jom layan sekeping dua gambar yang sempat aku snap

Punya la Excited,pukul 7pm aku dah sampai,alang-alang dah sampai kita posing la dulu hehe



Korang mesti tertanya tanya apa yang best dekat sana kan,sempena Bulan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi,Restaurant D'Kayangan Steamboat & Grill yang berkonsepkan 3 dalam 1(Grill,Steamboat & BBQ Buffet) akan menyajikan menu yang istimewa,cuba teka apa dia...Kambing Panggang,bukan tu je Nasi Briyani Gam,Ayam Gorang Berempah,Gulai Kawah Daging Cincang,Gulai Kawah Ayam,Sup Tulang Dan Ikan Patin Masak Tempoyak.Terliur tak?Kalau belum,jom layan gamabr di bawah ni :


Ikan Patin Masak Tempoyak(Ikan Patin segar dimasak bersama Tempoyak,sedap tau)


Ayam Kampung Goreng Berempah


Nasi Briyani Gam
Menu Istimewa,Kambing Panggang,yummy

Gulai Kawah Daging Cincang
Gulai Kawah Ayam



Bukan tu je...D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat juga menghidangkan Skewer dan BBQ istimewa,Antaranya Ayam Skewer Berempah,Ayam Skewer Kunyit,Ayam Skewer Cilantro,Daging Skewer Hitam Manis,Sotong Skewer Beremmpah,Ikan Dory Skewer Berempah,Udang Skewer Cilantro Pepper,Kambing Skewer Hitma Manis,Otak-otak dan Pari Assam Nyonya.







Untuk Steamboat pulak pengunjung boleh memilih antara sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan,pilihan yang ada pun banyak,ketam,lala,isi ikan macam-macam la lagi.Sosnya pun banyak pilihan,dibuat sendiri oleh Chef Shahnizam tau.








Dan untuk pencuci mulut pula,korang boleh menikmati,Bread & Butter Pudding with Vanilla Sauce,aneka kek,Krim Puff Mini,round cake cut,brownies coklat,agar-agar,dan juga buah-buahan,ais krim,ABC minuman panas dan sejuk pun ada.






Banyak kan menu kat atas,dan harganya pun pun sangat berbaloi,hanya RM49.90 untuk dewasa dan Rm24.00 kanak-kanak(5 hingga 11tahun).Selain menu yang menarik,ruang pun santai,korang tau tak,restaurant ni mampu menampung seramai 500 orang dalam satu masa tau,ruang juga terbahagi dua,untuk ruang yang ada hawa dingin boleh muat dalam 180 orang selebihnya boleh duduk dibahagian luar restaurant sambil menikmati angin yang sepoi-sepoi bahasa gitu hehehe.Untuk solat,korang jangan risau dalam restaurant ada disediakan surau yang selesa,dan yang paling penting,ruang parking pun luas.

kami duduk dekat kawasan yang ada aircond hehe.


Buat korang yang nak berkunjung ke restaurant D'Kayangan Grill & Steamboat BBQ korang boleh layari facebook dan Instagram atau terus ke alamat yang kat bawah tu :

No 1,Apartment Servis Sri Acapella,
Jalan Lompat Tinggi 13/33,Seksyen 13,Shah Alam

No.Tel 012-297 1091 / 017-507 6274 / 03-5523 4979

Share:

2 comments

  1. banyak betul menu. bab ni yang aku malas. xtau nak pilih. haha. last2 aku suh asben je amek. aku makan. haha

    ReplyDelete
  2. kan..samapai aku tak tau nak mkn yg mana satu..tamak gler rsnya haha

    ReplyDelete