Budak Hostel Otaknya Sewel-Novel untuk mereka yang kemurungan

Aku cukup benci baca novel cintan cintun,tak tahu la kenapa,rasa macam...erm...drama sangat,kalau ada gadis mesti ada orang kaya,mesti projek juta juta,kalau awek kampung pun mesti pakwe dia dari kalangan berada,cait..habis orang kampung macam tak pandai bercinta?semua orang kampung ni kahwin dengan orang kaya?bla..bla..bla... sebab tu la aku tak suka novel jiwang ni
Nak dijadikan cerita,baru baru ni aku terjah ke BORDER$,semata mata nak ambil barang aku yang tertinggal dekat sana sebulan yang lepas,kalau ada rezeki jumpa,kalau dah tertulis bukan rezeki aku,redhakan jela..Sampai sana,terus pegi dekat bahagian kaunter,dorang cakap tak de,erm tak pela,alang alang dah sampai,aku pusing pusing la tengok novel kot ada yang berkenan,hasilnya aku sambar dua novel terbitan Dubookpress,Asik Fixi sesekali tukar la pulak.

Dua novel yang berjaya mencuri hati aku,Cerita Seram SYAITAN(Beli sebab terjebak dengan posting raji dekat ig dy hehe)
Novel Budak Sewel Otaknya Sewel (aku beli sebab ada nama Widad haha)



So alkisahnya sekarang ni,aku nak bercerita pasal novel BHOS,hasil penulisan Hasrul Rizwan,jalan cerita hidup budak hostel yang terbuang (dan yang paling penting novel ni tak jiwang lalalala) Mengisahkan tentang 4 Sekawan,Mat Piah,Akhil,Cupin dan Widad.Kenakalan dorang ni bakal membuatkan korang tak kering gusi.

Sapa Yang Wajib Baca Novel ini?

Orang yang sering kemurungan/Bad mood (macam aku haha),orang yang baru putus cinta,jiwa kacau,korang sangattt sesuai baca novel ni,sebab apa?sebab novel ni akan mengembalikan keceriaan korang balik.

Dilarang Keras Sama Sekali

Jangan bagi anak anak kecik yang baca,sebab bahasa yang agak kasar untuk bacaan seorang kanak kanak.Orang yang anti sosial.Pak pak Ustaz,Ustazah,orang hamil pun kalau boleh jangan baca,takut terkenan plak nanti haha.
Elakkan membaca novel ni di kawasan orang ramai,contoh,Hospital,kemungkinan besar korang akan dianggap gila,dan silap haribulan korang akan di hantar ke wad Psikiatri untuk rawatan lanjut.
Tolong jangan baca berhampiran dengan orang yang mengidap masalah jantung etc,sebab korang ada membuatkan mereka di hantar ke hospital,sebab dengar korang mengilai macam ... 

Kenapa korang kena baca Novel ni

Novel ni lain dari yang lain,sangat santai,membawa korang ke dalam situasi watak watak yang ada,bagi budak yang pernah duduk dekat hostel,korang mesti lebih menjiwai cerita macam ni,bahasa dalam novel minta maaf la cakap memang takde tapis tapis,huhu.Lain lain korang kena baca sendiri.Yang pasti novel ni tak menghampakan korang yang berjiwa sewel macam aku.

Antara Petikan Yang Di BHOS

"cuit sikit boleh?'soal Mat Piah dengan suara yang cuak.Jarinya yang tembam menekan-nekan bucu bantal.Bibirnya digigit gigit manja.
"jangan pegang.Bila aku kata jangan pegang bermakna jangan cuit,jangan gesel,jangan tekan,jangan buat apa-apa pada awek yang tengah tidoq!"
"kalau dia yang pegang kita."
"kalau dia pegang kita bermakna mampoihlah kita berempat.Hostel perempuan menjadi lubang kuboq kita malam tu nanti"
"Dah tu kita nak kena buat apa kalau depa pegang kita?"Soal Mat Piah.Wajahnya berkerut meminta kepastian.
"bertenang dan cuba jangan menjerit"
"Walaupun depa pegang peliaq kita?"
"Bertenang dan cuba jangan pegang depa balik"
"Walaupun depa..."
"Anokharom kita bincang hal tu kemudian la Piah!La ni kita fokus lagu mana nak tembus masuk dan keluaq dulu.Kedudukan bilik Zakiah dan jugak kelengkapan yang perlu dibawak.Sat aku cari pen dulu"

Nak tahu apa kejadiannya?sebab apa dorang nak masuk bilik Zakiah?apa cabaran dan dugaan yang perlu dorang tempoh?tunggu apalagi dapatkan novel BUDAK HOSTEL OTAKNYA SEWEL.

korang boleh follow Hasrul Rizwan di:

Twitter : hasrulrizwan
Facebook :HasrulRizwan
Instagram : HasrulRizwan

Nak beli Novel ni,tspi malas nak keluar rumah?korang boleh beli secara online,yang penting dalam akaun bank korang ada duit yang mencukupi hehe,korang boleh beli di sini:



Share:

0 comments