Logo KBBA

Ajar Widad menabung dengan SSPN i Plus

Ajar Widad menabung dengan SSPN-i Plus



Jumaat lepas aku dengan team dari kbba9 turut serta dalam Majlis Perasmian SSPN-i Plus, Ejen Online Dan Penyampaian Hadiah Cabutan, lepas bacaan doa dan ucapan aluan dari Pengerusi PTPTN Majlis diteruskan dengan ucapan Perasmian Oleh Timbalan Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching, mewakili YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh Menteri Pendidikan Tinggi.

SSPN-i Plus

Korang nak tahu nak tak apa SSPN-i? SSPN-i adalah nama singkatan Skim Simpanan Pendidikan Nasional, kira macam PTPTN, tapi yang ni kita simpan, menabung sok anak dah besar, boleh guna simpanan ni untuk sambung pengajian anak kita.Kalau sebelum ni, PTPTN ada SSPN i, tapi sekarang PTPTN keluarkan produk baru iaitu SSPN-i Plus. SSPN-i Plus ni kira lebih baik dari SSPN i sebabnya simpanan ni ada takaful dan lebih komprehensif

Perbezaan SSPN i, SSPN-i Plus & Skim Simpanan Lain


Photo Kredit Mr.Ujang


Keistimewaan SSPN-i Plus

Pelan Simpanan Bulanan

SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan pas tu jumlah simpanan dan bayaran untuk sumbangan takaful tu bergantung kepada pakej yang kita pilih.



Untuk pertanyaan atau keterangan lebih lanjut, korang boleh layari link www.ptptn.gov.my

Sedikit catatan dari aku
Pada aku SSPN-i Plus ni sangat bagus. Nak tahu sebab apa aku cakap macam tu?Disamping menyimpan untuk pendidikan Nur Widad di masa akan datang,aku nak Widad belajar menabung dan rasa sendiri macam mana rasanya belajar pakai duit kocek sendiri,tanpa memerlukan pinjaman dari orang lain.Lagipun pakej ni tidak terlalu membebankan cuma serendah RM1 sehari.

Ok next topic..ni berita baik buat korang yang nak menambah pendapatan,tanpa mengeluarkan model,macam mana caranya...Jom baca dekat bawah

APA EJEN ONLINE PTPTN?


Ejen Online PTPTN ni merupakan ejen berdaftar dengan PTPTN yang memasarkan SSPN-i Plus secara online atau secara bersemuka (EPO sahaja) dan layak diberi komisen pada kadar ditetapkan bagi setiap transaksi pembukaan akaun baharu SSPN-i Plus dan penambahan deposit yang berjaya (EPO sahaja). 
  • Pendaftaran Ejen Online PTPTN terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
  • Penyertaan adalah PERCUMA
  • Jenama Yang Dipercayai

Dua (2) Kategori Ejen Online PTPTN


Rakan Niaga Affiliate (RNA) adalah Ejen Online PTPTN yang memasarkan produk SSPN-i Plus secara online sahaja.

Ejen Pemasaran Online (EPO) ialah ejen yang dinaiktaraf dari RNA setelah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh PTPTN. EPO akan memasarkan produk SSPN-i Plus secara online dan bersemuka.

Kelebihan Ejen Online PTPTN
  • Komisen Lumayan
  • Pendapatan Tanpa Had dan Berterusan
  • Tanpa Modal Perniagaan
  • Waktu Kerja Fleksibel
  • Mudah
  • Latihan/ Bimbingan Diberikan
  • Sokongan Pemasaran Berterusan
  • Pasaran Luas Tanpa Sempadan
  • Tidak Melibatkan Transaksi Tunai
  • Menggalakkan Masyarakat Menabung
  • Produk Patuh Syariah
Apa Yang Perlu Saya Pasarkan?

Anda hanya perlu memasarkan produk SSPN-i Plus dengan hanya mempromosikan link affiliate anda sahaja

Cabutan WOW

Opss ada satu lagi nyaris tertinggal...ini yang paling besttt.

Sesiapa saja yang memohon dan mendaftar SSPN-i Plus (kecuali pakej Intan) Korang mungkin boleh memenangi hadiah lumayan.Macam pendeposit di bwah ni...Best oo.


Antara mereka yang bertuah hari tu..


Sakit plak mata kita hehe..apalagi jom kita daftar SSPN-i Plus, mana tahu kalau ada rezeki dapat gadget, tak dapat gadget dapat BMW pun jadi la haha.

Share:

0 comments